Jumaat, 17 April 2009

Kelebihan Sahabat Nabi: ( Saidina Othman Al-Affan)



عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ
بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ مِنْ حَائِطِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ مُتَّكِئٌ يَرْكُزُ بِعُودٍ مَعَهُ بَيْنَ الْمَاءِ وَالطِّينِ إِذَا اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ فَقَالَ افْتَحْ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ قَالَ فَإِذَا أَبُو بَكْرٍ فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ قَالَ ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ فَقَالَ افْتَحْ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ قَالَ فَذَهَبْتُ فَإِذَا هُوَ عُمَرُ فَفَتَحْتُ لَهُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ ثُمَّ اسْتَفْتَحَ رَجُلٌ آخَرُ قَالَ فَجَلَسَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ افْتَحْ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ عَلَى بَلْوَى تَكُونُ قَالَ فَذَهَبْتُ فَإِذَا هُوَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ قَالَ فَفَتَحْتُ وَبَشَّرْتُهُ بِالْجَنَّةِ قَالَ وَقُلْتُ الَّذِي قَالَ فَقَالَ اللَّهُمَّ صَبْرًا أَوْ اللَّهُ الْمُسْتَعَانُ

-رواه مسلم-
بَاب مِنْ فَضَائِلِ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ


Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w sedang menguis tongkatnya di atas tanah yang berair di dalam salah sebuah kebun atau taman di Madinah datang seseorang ingin menemui Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w berkata: Bukakanlah pintu dan sampaikan kepadanya khabar gembira tentang Syurga, aku terus pergi dan mendapati orang itu adalah Abu Bakar. Aku mempersilakan beliau masuk dan menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang seorang lagi meminta supaya dibukakan pintu. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikan khabar gembira kepadanya mengenai Syurga. Aku pergi untuk membukanya dan mendapati orang itu adalah Umar lalu aku menpersilakannya masuk dan menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. Kemudian datang lagi seseorang meminta supaya dibukakan pintu, lalu Rasulullah s.a.w duduk dan bersabda: Bukakanlah pintu dan sampaikanlah khabar gembira tentang Syurga atas musibah yang akan menimpanya. Aku pergi menemui orang itu, ternyata beliau adalah Othman bin Affan, maka aku bukakan pintu untuknya dan sampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. Beliau berkata: Ya Allah, berilah aku kesabaran. Hanya Allahlah tempat meminta pertolongan.


-HADIS RIWAYAT MUSLIM-

- Bab Sebahagian Dari Kelebihan Othman Bin Affan r.a.