Selasa, 14 Julai 2009

Kisah Taubat : Kemurahan Rahmat Allah s.w.t Dan Rahmat Nya Mengatasi Kemurkaan Nya.



حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ سَمِعَ عُقْبَةَ بْنَ عَبْدِ الْغَافِرِ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يُحَدِّثُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَاشَهُ اللَّهُ مَالًا وَوَلَدًا فَقَالَ لِوَلَدِهِ لَتَفْعَلُنَّ مَا آمُرُكُمْ بِهِ أَوْ لَأُوَلِّيَنَّ مِيرَاثِي غَيْرَكُمْ إِذَا أَنَا مُتُّ فَأَحْرِقُونِي وَأَكْثَرُ عِلْمِي أَنَّهُ قَالَ ثُمَّ اسْحَقُونِي وَاذْرُونِي فِي الرِّيحِ فَإِنِّي لَمْ أَبْتَهِرْ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرًا وَإِنَّ اللَّهَ يَقْدِرُ عَلَيَّ أَنْ يُعَذِّبَنِي قَالَ فَأَخَذَ مِنْهُمْ مِيثَاقًا فَفَعَلُوا ذَلِكَ بِهِ وَرَبِّي فَقَالَ اللَّهُ مَا حَمَلَكَ عَلَى مَا فَعَلْتَ فَقَالَ مَخَافَتُكَ قَالَ فَمَا تَلَافَاهُ غَيْرُهَا

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a: Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah dikurniakan harta dan anak oleh Allah s.w.t. Dia bertanya kepada anak-anaknya: Sanggupkah kamu melaksanakan permintaanku atau aku serahkan pusaka kepada orang lain? Apabila aku mati bakarlah jenazahku. Baginda berkata: Mengikut pengetahuanku dia juga berkata: Tumbuklah jenazahku hingga halus dan hamburkanlah ke udara kerana aku tidak mampu untuk mengemukakan amalan baik di sisi Allah sedangkan Allah s.w.t berkuasa untuk menyeksaku. Baginda bersabda: Setelah mereka berjanji, anak-anaknya melaksanakan perintah tersebut. Lalu Allah s.w.t berfirman: Apakah yang membuatkan kamu melakukan sedemikian rupa? Lelaki itu menjawab: Kerana takut kepada-Mu. Baginda bersabda: Perbuatannya itu hanyalah semata-mata takut kepada Allah s.w.t.


(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
KITAB : TAUBAT
BAB : Kemurahan Rahmat Allah s.w.t Dan Rahmat Nya Mengatasi Kemurkaan Nya.