Rabu, 6 April 2011

Enam kelebihan Rasulullah Berbanding Nabi-nabi Lain


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فُضِّلْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ بِسِتٍّ أُعْطِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ وَأُحِلَّتْ لِيَ الْغَنَائِمُ وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا وَأُرْسِلْتُ إِلَى الْخَلْقِ كَافَّةً وَخُتِمَ بِيَ النَّبِيُّونَ

Hadis Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Aku diberikan enam kelebihan berbanding Nabi-nabi lain; Aku diberi kata-kata yang ringkas tetapi mengandungi erti yang banyak iaitu Al-Quran dan Hadis. Aku diberi pertolongan dengan cara dapat menakutkan musuh, dihalalkan bagiku harta rampasan perang dan dijadikan kepadaku bumi yang suci sebagai tempat sujud. Aku juga diutuskan kepada seluruh makhluk dan aku adalah sebagai penutup bagi seluruh para Nabi iaitu Nabi yang terakhir diutuskan.

HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : MASJID DAN TEMPAT TEMPAT SOLAT
BAB : Masjid Dan Tempat-tempat Solat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan