Jumaat, 17 Februari 2012

Kelebihan Orang Yang Kematian Anaknya Dan Dia Merasa Kehilangan


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ:

جَاءَتْ امْرَأَةٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ الرِّجَالُ بِحَدِيثِكَ فَاجْعَلْ لَنَا مِنْ نَفْسِكَ يَوْمًا نَأْتِيكَ فِيهِ تُعَلِّمُنَا مِمَّا عَلَّمَكَ اللَّهُ قَالَ اجْتَمِعْنَ يَوْمَ كَذَا وَكَذَا فَاجْتَمَعْنَ فَأَتَاهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَّمَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَهُ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ مَا مِنْكُنَّ مِنْ امْرَأَةٍ تُقَدِّمُ بَيْنَ يَدَيْهَا مِنْ وَلَدِهَا ثَلَاثَةً إِلَّا كَانُوا لَهَا حِجَابًا مِنْ النَّارِ فَقَالَتْ امْرَأَةٌ وَاثْنَيْنِ وَاثْنَيْنِ وَاثْنَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاثْنَيْنِ وَاثْنَيْنِ وَاثْنَيْنِ

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Seorang perempuan datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Orang lelaki boleh mendengar Hadis daripada mu pada bila-bila masa. Oleh itu luangkanlah satu hari kepada kami untuk kami pelajari daripada mu apa yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t. Baginda bersabda: Berhimpunlah kamu pada hari yang tertentu. Rasulullah s.a.w kemudiannya mendapatkan mereka serta mengajar beberapa perkara yang telah diajarkan oleh Allah s.w.t. Lalu baginda bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang kematian tiga orang anak, nescaya mereka akan menjadi penghalang ibunya dari diazabkan dengan Neraka. Seorang perempuan bertanya: Bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak, bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak, bagaimana dengan mereka yang kematian dua orang anak. Baginda bersabda: Begitu juga mereka yang kematian dua orang anak, begitu juga mereka yang kematian dua orang anak, begitu juga mereka yang kematian dua orang anak.
Hadis : RIWAYAT MUSLIM
Kitab : KITAB KEBAJIKAN, HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN ETIKA
Bab : Bab Kelebihan Orang Yang Kematian Anaknya Dan Dia Merasa Kehilangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan